Pada 15 Ogos 2007, Cawangan Penguatkuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (CPF JKWPKL) telah membuat satu pemeriksaan mengejut ke atas sebuah premis yang mengamalkan perubatan tradisional ‘sinulogi’. Pemeriksaan tersebut dilakukan sejurus selepas pihak CPF menerima satu aduan daripada seorang pengguna yang telah menggunakan khidmat pakar ‘sinulogi’ tersebut selama setahun bagi merawati masalah ‘gout’ yang dihadapinya. Hasil daripada rawatan yang diterima, pengguna tersebut mendapati masalah gout yang dihadapinya berkurangan namun begitu muka beliau didapati semakin membengkak sepanjang proses perawatan tradisional ini. Oleh kerana bimbang akan keadaan ini, pengguna tersebut segera mendapatkan khidmat nasihat daripada ahli farmasi yang telah mencadangkan agar beliau menghentikan pengambilan ubat-ubatan pakar ‘sinulogi’ tersebut dan membuat aduan kepada CPF JKWPKL.
Semasa pemeriksaan ke atas premis tersebut dijalankan, didapati pusat rawatan pakar ‘sinulogi’ tersebut lengkap dengan kaunter ubat, bilik doktor dan bilik pemeriksaan. Selain itu, pusat tersebut juga dilengkapi dengan alatan-alatan perubatan seperti stetoskop, mesin tekanan darah merkuri dan alatan diagnostik lain yang biasanya digunakan oleh doktor. Hasil pemeriksaan juga mendapati premis tersebut menjual banyak ubat-ubatan yang tidak berdaftar dan hampir 98% daripada ubat-ubatan tersebut diimport dari Negera
- Steroids
- Antibiotik
- Ubat darah tinggi
- Ubat batuk dan selsema
- Ubat psikotropik
- Ubat ‘Anti Psychosis’
- Ubat perangsang seks
- Ubat kencing manis
- Ubat penyakit ‘Gout’